Monday, November 9, 2009

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN 1 (NEGERI, AGAMA, UNDANG-UNDANG )
Perkara 3- Agama Persekutuan.
Agama Islam adalah agama Persekutuan atau agama rasmi. Agama-agama lain boleh diamalkan secara aman. YDPA merupakan ketua agama bagi negeri baginda, negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Raja-Raja menjadi ketua agama bagi negeri masing-masing. Setiap individu berhak menganut dan mengembangkan agama mereka, namun terdapat larangan bagi orang bukan Islam menyebarkan agama mereka ke atas agam Islam.

BAHAGIAN 2 (KEBEBASAN ASASI)
Perkara 5 : Kebebasan Diri
Tiada siapa boleh diambil nyawa kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap diberitahu sebabnya dan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam.

Perkara 6: Pengabdian dan kerja paksa
Tiada siapa boleh ditahan sebagai abdi dan dilarang kerja paksa kecuali hukuman di penjara. W/b/pun parlimen boleh membuat undang-undang kerahan .

Perkara 7: Perlindungan undang-undang.
Tiada sesiapa boleh dihukum tanpa disabitkan kesalahan di sisi undang-undang dan tiada siapa boleh dibicarakan semula dengan tuduhan yang sama setelah dibebaskan kecuali dengan perintah mahkamah

Perkara 8: Kesamarataan Undang-Undang.
Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama melainkan dibenarkan oleh perlembagaan seperti Perkara 153

Perkara 9: Kebebasan bergerak dan larangan buang negeri.
Tiada seorang pun boleh dilarang buang negeri atau dilarang masuk persekutuan kecuali menurut undang-undang.

Perkara 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
Setiap warganegara bebas bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan namun parlimen boleh mengenakan sekatan.

Perkara 11: Kebebasan beragama.
Setiap orang berhak menganut dan mengamalkan agamanyanya namun terdapat undang-undang negeri yang menyekat penyebaran agama lain kepada orang beragama islam.

Perkara 12: Hak Pelajaran
Bebas mendapatkan pelajaran dan tiada dibezakan dalam menyediakan kemudahan pelajaran kecuali selaras dalam Perkara 153.

Perkara 13: Hak terhadap harta.
Tidak boleh diambil harta dengan paksa kecuali menurut undang-undang dan jika diambil perlu dibayar pampasan yang setimpal.

SEKATAN KEBEBASAN ASASI
Walaupun terdapat jaminan kebebasan dan hak asasi rakyat, namun terdapat undang-undang yang dianggap boleh menyekat hak asasi tersebut iaitu:
1. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Boleh menahan seseorang individu tidak lebih dari 2 tahun tanpa perbicaraan jika ia dianggap boleh mengancam keselamatan negara.

2. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
Melarang pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi terlibat dalam politik

3. Undang-Undang Subversif
Melarang perbuatan subversif, tindakan keganasaan dan sebagainya yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

4. Undang-Undang Darurat
Kerajaan berkuasa mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan

5. Akta Hasutan
Melarang ucapan yang menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, kedudukan agama Islam, bahasa dan kedudukan raja-raja.

6. Akta Mesin Cetak.
Badan-badan penerbit tidak dibenarkan menerbitkan atau mengungkit isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara

7. Akta Rahsia Rasmi.
Tidak boleh membocorkan rahsia-rahsia kerajaan.

8. Akta Imigresen 1963
Mengawal kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

BAHAGIAN 3: KEWARGENEGARAAN
Cara Pemerolehan Kewarganegaraan
1. Kuatkuasa Undang-Undang (Per14)
- lahir sebelum Hari Malaysia 16 Sept 1963 dan seorang warganegara Persekutuan.
- lahir pada atau selepas Hari Malaysia dan ibu bapa warganegara atau pemastautin tetap.

2. Melalui Pendaftaran (Per 15).
- isteri dan anak warganegara. Syarat setelah bermastautin 2 tahun
- sesiapa berumur bawah 21 tahun dan salah seorang daripada ibu bapa warganegara.
- orang yang lahir dalam Persekutuan sebelum Hari Malaysia
- orang yang bermastautin di mana-mana negeri Malaysia Timur pada Hari Malaysia.

3. Melalui Masukan /Naturalisasi (Per 19)
- seorang yang berumur 21 tahun atau lebih dan bukan w/negara.
-Syarat telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan.

4. Melalui Percantuman Wilayah. (Per 22)
- bila sesebuah wilayah menyertai Persekutuan.

Cara Penamatan Kewarganegaraan
1. Melalui Penolakan.(Per 23)
-Seseorang berumur 21 tahun ke atas dan telah menjadi w/negara lain. -Diperakui oleh kerajaan. Semasa peperangan penolakan tidak akan diterima .

2. Melalui Perlucutan.(Per 24)
- didapati tidak setia kepad negara.
- menderhaka semasa peperangan - membuat kenyataan palsu semasa permohonan.
- mereka yang memperolehi w/negara secara pendaftaran dan dalam tempoh lima tahun dari tarikh didaftarkan telah dijatuhkan hukuman penjara lebih satu tahun atau denda lebih RM5,000 dan tidak diampunkan.

BAHAGIAN 12- AM DAN PELBAGAI
Perkara 152- Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu . Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan-urusan kerajaan. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan dalam majlis-majlis tidak rasmi atau waktu pembelajaran. Bahasa Inggeris dibenarkan penggunaannya dalam hal-hal hubungan luar negara, laporan Lembaga Hasil Dalam Negeri, pengajaran bidang perubatan, sains dan teknologi dan latihan oleh pakar-pakar asing.

Perkara 153- Hak Istimewa (kuota)
Adalah menjadi tanggungjawab YDPA memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini. Hak istimewa ini meliputi aspek jawatan dalam mperkhidmatan awam, biasiswa, pengeluaran lesen dan permit dan kuota kemasukan ke universiti.

No comments:

Post a Comment